Akses Pengguna



Hal Ehwal Murid

Kokurikulum

Banner
Banner
Banner
Banner
Banner
Banner
Banner
Banner
Sejarah Sekolah PDF Cetak E-mail
FacebookTwitter

Sekolah Kebangsaan Pengkalan Rinting terletak di sebelah kiri Pekan Tampoi iaitu lebih kurang 8 km dari Bandaraya Johor Bahru. Ianya adalah berhampiran dengan Polis Merin DiRaja Malaysia Cawangan Selatan. Pada suatu ketika dahulu Pengkalan Rinting merupakan tempat perahu-perahu kecil berlabuh untuk para nelayan atau penduduk yang berkunjung ke Pekan Tampoi.


Sekolah ini ditubuhkan di atas daya usaha dan kehendak masyarakat setempat di sekitar Kampung Pasir, Kampung Pengkalan Rinting, Pekan Tampoi dan sekitarnya. Penubuhannya adalah pada tahun 1943 ketika zaman pemerintahan Jepun di Malaysia. Bangunan asal sekolah ini adalah dari bekas sebuah setor Jabatan Kerja Raya dengan berdindingkan papan dan berbumbungkan zink.


Adalah dipercayai dua orang tokoh masyarakat setempat iaitu Cikgu Jaafar Awang dan Cikgu Tn. Hj. Mian bin Abas telah mengasaskan pengujudan dan mentadbirkan sekolah tersebut. Cikgu Hamidon bin Abd. Ghani pula adalah antara guru yang banyak membantu membangunkan sekolah ini pada tahun 50an.


Pengaruh pemerintahan Inggeris, Jepun, Pegangan agama Islam dan budaya Melayu mempengaruhi ke atas sistem pendidikan sekolah sekolah pada masa itu. Ini dapat dilihat dari tenaga pendidikan dari aliran 'Teaching English in Venercular School',Korenjo-Maktab Bahasa Jepun dan Madrasah.


Pertumbuhan pesat penduduk dan Pekan Tampoi mempengaruhi pertambahan murid-murid di sekolah ini pada tahun 70an dan 80an. Dengan perkembangan pesat itu tiga buah bangunan baru telah dibina pada 1978 dan 1993 untuk menampung lebih 1450 orang murid.


Murid-murid sekolah ini mempunyai latar belakang sosio ekonomi yang beragam dari keluarga petani, nelayan, pekerja dan pentadbirr mendapat pendidikan yang setara mempengaruhi kemajuan sekolah dalam kokurikulum. Beberapa kejayaan dicapai seperti didalam Peperiksaan Penilaian Darjah Lima (PPDL) tahun 1986 dimana 19 orang murid mendapat 5A, 29 orang murid mendapat 4A dan didalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun 1989 terdapat 28 orang murid mendapat 5A dan 1992 terdapat 23 orang murid mendapat 4A.


Sekolah ini telah ditadbirkan oleh lebih kurang 13 orang Guru Besar dari tahun 1943 hingga kini. Guru Besar yang pertama iailah En. Jaafar Awang yang telah berkhidmat lebih dari 10 tahun. Tn. Hj. Ayub Hj. Noor berkhidmat lebih 10 tahun dan merupakan guru besar yang aktif dan dipilih sebagai Tokoh Guru Daerah Johor Bahru 1995.


Sesungguhnya peranan sepadu pentadbir, guru, ibubapa, masyarakat dan pemimpin setempat membolehkan sekolah ini bersaing, berdaya maju dan mencapai kemajuan yang memberangsangkan di kedua-dua bidang kurikulum dan ko-kurikulum.

Terakhir Dikemaskini pada Rabu, 18 Ogos 2010 01:05
 

UPSR 2011

Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

Get Adobe Flash player

School Ranking

Free Ranking System For Malaysian School's Sites and Portals

NetSchool Topsites

Laman Popular


Guru Besar



En. Harith bin Abd Hamid
Guru Besar
SK Pengkalan Rinting

Cari kami di Facebook

Facebook Image

Kalendar

Februari 2012 Mac 2012
Mo Tu We Th Fr Sa Su
1 2 3 4 5
6 7 8 9 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29

Statistik Pengunjung

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini1913
mod_vvisit_counterSemalam2745
mod_vvisit_counterMinggu Ini6178
mod_vvisit_counterMinggu Lepas17710
mod_vvisit_counterBulan Ini17937
mod_vvisit_counterBulan Lepas53584
mod_vvisit_counterKeseluruhan337056

IP anda: 38.107.179.242
 , 
Hari ini: Feb 08, 2012
Visitors Counter


1 Syarat 1 Dasar Privasi 1 Penafian 1 Peta Laman 1 Admin 1