Akses Pengguna



Hal Ehwal Murid

Kokurikulum

Banner
Banner
Banner
Banner
Banner
Banner
Banner
Banner
JoomlaWatch 1.2.12 - Joomla Monitor and Live Stats by Matej Koval
11 Januari 2012 - Berita dari Laman Web PPD Johor Bahru PDF Cetak E-mail
FacebookTwitter
Ditulis oleh Mohd Hazrol bin Mohd Suhaimi   

11 Jan 2012 - Rabu EMISONLINE : MAKLUMAN DAN RALAT PENGISIAN JAWATAN GURU INTERIM

Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.
2. Berikut disertakan pengisian perjawatan di dalam EMiS online mengikut ketetapan baru yang diberikan oleh EPRD :
Taraf Jawatan : SMB - Sambilan / Ganti / Interim
Pengisian Jawatan : 50 Sementara
Gred SSM : DC41
PT Gaji : P1T5 RM1901
Elaun Cola dan ITKA RM300
3. Opsyen 60 juga telah dimasukkan. Sila kemaskini maklumat terkini.
4. Tindakan dan kerjasama dari pihak tuan amat kami hargai dan didahulukan dengan ucapan terima kasih. Sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan pegawai kami, En. Mohamad Khairul Nizam bin Abu Hassan, Penolong PPD Teknologi dan Maklumat PPD Johor Bahru di talian 07-2266357
Ke arah memastikan data Johor Bahru sahih dan tepat.
Sekian, terima kasih.

 

11 Jan 2012 - Rabu DATA JUMLAH GURU PRASEKOLAH YANG MENGIKUTI KURSUS PENDEDAHAN KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN (KSPK) SEHINGGA 01 JANUARI 2012

Guru Besar SK dan SJK yang berkenaan,

Tuan,

Pohon kerjasama tuan untuk melengkapkan borang yang dilampirkan dan emailkan ke Alamat e-mail ini dilindungi dari spambots. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk paparkannya sebelum atau pada 13 Januari 2012.
Sebarang pertanyaan, sila hubungi Norasikin bt Wahid di talian 0137510069.

Sekian, terima kasih.




Borang data prasekolah (60) - klik utk muat turun

 

11 Jan 2012 - Rabu PENEMPATAN CALON-CALON DAN PERUNTUKAN DEWAN / BILIK DARJAH PEPERIKSAAN AWAM TAHUN 2012

Pengetua / Guru Besar
Sekolah-Sekolah Rendah / Menengah Kerajaan dan Swasta
Daerah Johor Bahru
Tuan,
PENEMPATAN CALON-CALON DAN PERUNTUKAN DEWAN / BILIK DARJAH PEPERIKSAAN AWAM TAHUN 2012
Sukacitanya dan dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.
2.  Sehubungan itu, pohon kerjasama tuan meminta Setiausaha Peperiksaan untuk memuat turun dan melengkapkan borang penempatan calon-calon dan peruntukan dewan/bilik darjah untuk peperiksaan awam bagi tahun 2012(Lampiran PC).
3. Borang yang telah lengkap dan disahkan oleh Guru Besar / Pengetua hendaklah dikembalikan semula ke Unit Pengurusan Akademik PPD Johor Bahru selewat-lewatnya sebelum 18 Januari 2012Rabu (u.p: En. Abu Bakar bin A. Majid, Penyelia Peperiksaan).
3. Segala kerjasama yang diberikan, kami bagi pihak Pejabat Pelajaran Daerah mengucapkan ribuan terima kasih. Sebarang pertanyaan sila hubungi En. Abu Bakar bin A. Majid, Penyelia Peperiksaan(0137718877).
Sekian.


Lampiran PC UPSR (101) - klik utk muat turun

Lampiran PC PMR (48) - klik utk muat turun

Lampiran PC SPM (47) - klik utk muat turun

Lampiran PC STPM (17) - klik utk muat turun

Contoh Mengisi Lampiran PC (101) - klik utk muat turun

 

11 Jan 2012 - Rabu SEGERA : MAKLUMAT SEKOLAH DAN eGERAK PENGETUA GURU BESAR

Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.
2. Maklumat sekolah dan e-Gerak Pengetua/Guru Besar di dalam laman web rasmi PPD Johor Bahru adalah dipertanggungjawabkan sepenuhnya pada sekolah. Tuan diminta  mengemaskini maklumat berkaitan pada modul Kemaskini Akaun setelah tuan login masuk ke laman web PPD Johor Bahru melalui userid dan kata laluan yang telah dibekalkan.
3. Sila semak dan kemaskini maklumat berikut sekiranya berlaku perubahan atau salah. Tuan diminta memastikan maklumat berikut sentiasa terkini.
a. Alamat
b. Nombor telefon sekolah
c. Nombor faks sekolah
d. Email sekolah
e. Laman web sekolah
f. Nama Guru Data
g. Nama Guru Besar/Pengetua
h. Nombor KP Guru Besar/Pengetua (penting untuk eGerak)
4. Maklumat yang tersebut; kecuali nombor KP Guru Besar/Pengetua, akan dipaparkan di pautan Senarai Sekolah yang boleh dicapai oleh umum.
5. Tindakan dan kerjasama dari pihak tuan dalam memastikan maklumat ini sentiasa terkini amat kami hargai dan didahulukan dengan ucapan terima kasih. Sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan pegawai kami, En. Mohamad Khairul Nizam bin Abu Hassan, Penolong PPD Teknologi dan Maklumat PPD Johor Bahru di talian 07-2266357
Ke arah memastikan data Johor Bahru sahih dan tepat.
Sekian, terima kasih.
Sekolah berikut sila ambil tindakan :
Bil Kod Sekolah
1 JBA1003 SK PENGKALAN RINTING
2 JBA1011 SK ANGKATAN TENTERA
3 JBA1024 SK KG. MAJU JAYA
4 JBA1029 SK GELANG PATAH
5 JBA1033 SK LADANG PENDAS
6 JBA1049 SK KEMPAS
7 JBA1050 SK SUNGAI DANGA
8 JBA1051 SK KAMPUNG PULAI
9 JBA1071 SK TAMAN UNIVERSITI 2
10 JBA1084 SK TAMAN SKUDAI BARU
11 JBA1094 SK TAMAN BUKIT KEMPAS
12 JBA1095 SK TAMAN ANGGERIK
13 JBA1102 SK TAMAN BUKIT MEWAH
14 JBA1119 SK TASEK UTARA
15 JBA1123 SK TAMAN TAMPOI UTAMA
16 JBB1002 SK TEMENGGONG ABDUL RAHMAN 2
17 JBB1006 SK NGEE HENG
18 JBB1009 SK (P) JLN. YAHYA AWAL
19 JBC1003 SJK(C) FOON YEW 1
20 JBC1013 SJK(C) TAMPOI
21 JBC1022 SJK(C) PING MING
22 JBC1023 SJK(C) PU SZE
23 JBC3017 SJK(C) THAI HONG
24 JBC5059 SJK(C) PAI TZE
25 JBD1001 SJK(T) JALAN YAHYA AWAL
26 JBD1025 SJK(T) GELANG PATAH
27 JEA1004 SMK SRI TEBRAU
28 JEA1005 SMK SRI RAHMAT
29 JEA1050 SMK SERI PERLING
30 JEA1055 SMK KEMPAS
31 JEA1061 SMK TAMAN UNIVERSITI 2
32 JEA1088 SMK TAMAN SUTERA
33 JEB1002 SMK DATO JAAFAR
34 JEB1006 SMK INFANT JESUS CONVENT (M)
35 JEB1009 SEKOLAH TUN FATIMAH
36 JHA1001 SMV TANJUNG PUTERI
37 JHA1002 SMV (ERT) AZIZAH
38 JKE1001 SM TEKNIK JOHOR BAHRU

 

11 Jan 2012 - Rabu MAKLUMAT PENYERTAAN AKTIVITI KOKURIKULUM DAN KOAKADEMIK SEPANJANG TAHUN 2012

Dengan segala hormatnya perkara diatas dirujuk dan berkaitan.

Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama semua sekolah Menengah dan Rendah Daerah Johor Bahru mengisi maklumat penyertaan aktiviti kokurikulum dan koakademik sepanjang tahun 2012. Maklumat tersebut boleh diisi melalui laman web berikut :

http://ppdjb.edu.my/jbdat/bancikoko/index.php

Tarikh akhir mengisi maklumat tersebut adalah pada 31 Januari 2012. Kerjasama anda amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

 

11 Jan 2012 - Rabu RALAT : BERITA 10 Jan 2012 (Selasa) - BILANGAN KELAS YANG MELAKSANAKAN SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS/BAHASA MALAYSIA /DWIBAHASA TAHUN 2012

10 Jan 2012 - Selasa BILANGAN KELAS YANG MELAKSANAKAN SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS/BAHASA MALAYSIA /DWIBAHASA TAHUN 2012

Pengetua dan Guru Besar yang dihormati,

Bersama-sama ini dilampirkan surat no.rujukan: JPA1002.05/600-10/2/4(   ) bertarikh 10 Januari 2012 yang menerangkan maksudnya untuk makluman dan tindakan tuan.
Borang data tersebut hendaklah dilengkapkan dan diemel ke Alamat e-mail ini dilindungi dari spambots. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk paparkannya selewat-lewatnya 24 Januari 2012.

Sekian, terima kasih.
____________________________________________________________

Mohon diabaikan berita di atas kerana terdapat perubahan pada
Borang Format Data yang dilampirkan.

Mohon maaf atas segala kesulitan.

Sekian, terima kasih.

 
10 Januari 2012 - Berita dari Laman Web PPD Johor Bahru PDF Cetak E-mail
FacebookTwitter
Ditulis oleh Mohd Hazrol bin Mohd Suhaimi   

10 Jan 2012 - Selasa EMISONLINE : PENGISIAN JAWATAN UNTUK GURU INTERIM


 

Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.
2. Untuk makluman tuan, penempatan Guru Interim telah dijalankan di sekolah-sekolah negeri Johor berkuatkuasa 9 Jan 2012. Tempoh guru interim ini sehingga 31 Mac 2012
3. Sekiranya sekolah tuan terlibat, sila pastikan guru data tuan untuk mengisi perjawatan di dalam EMiS online mengikut ketetapan berikut :
Taraf Jawatan : KO3 Kontrak Warganegara
Pengisian Jawatan : Kontrak
Gred SSM : DC41
PT Gaji : P1T5 RM1901
Elaun Cola dan ITKA RM300
4. Tindakan dan kerjasama dari pihak tuan amat kami hargai dan didahulukan dengan ucapan terima kasih. Sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan pegawai kami, En. Mohamad Khairul Nizam bin Abu Hassan, Penolong PPD Teknologi dan Maklumat PPD Johor Bahru di talian 07-2266357
Ke arah memastikan data Johor Bahru sahih dan tepat.
Sekian, terima kasih.

 

 

10 Jan 2012 - Selasa TAKLIMAT PENCALONAN TAWARAN BARU 2012

Kepada
Guru Besar Sekolah Rendah
Daerah Johor Bahru
(seperti senarai dibawah)

Tuan,

Adalah dimaklumkan bahawa taklimat tersebut akan diadakan mengikut ketetapan berikut : -

Tarikh          : 13 Januari 2012
Masa           : 3.00 petang
Tempat        : SK Parit Raja, Batu Pahat

2. Sehubungan itu, tuan diminta hadir ke taklimat tersebut.

Sekian, terima kasih.


Senarai Sekolah terlibat (477) - klik utk muat turun

 

10 Jan 2012 - Selasa MESYUARAT AJK PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA PERHUBUNGAN DAERAH JOHOR BAHRU BIL 1/2012

AJK Pergerakan Puteri Islam Malaysia
Perhubungan Daerah Johor Bahru

 

Tuan,

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.       Sukacita dimaklumkan bahawa mesyuarat tersebut akan diadakan seperti ketetapan berikut;

Tarikh             :           13 Januari 2012 - Jumaat

Masa               :           2.00 petang

Tempat           :           SMK Sultanah Engku Tun Aminah , Johor Bahru

Pengerusi       :           Puan Sallina binti Hussain

3.       Agenda mesyuarat adalah seperti berikut;

3.1. Ucapan Pengerusi

3.2. Membaca dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Yang Lalu

3.3. Perkara Berbangkit.

3.4. Isu semasa

3.5. Hal-hal lain

4. Sebarang pertanyaan sila hubungi En. Johari bin Shuhadak, Penyelia Kokurikulum PPD Johor Bahru di talian 013-7204550 atau Pn. Fatin Marini Binti Mohd Lazim ditalian 012-5858285.

5. Kehadiran dan kerjasama pihak tuan adalah sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian



SURAT MAKLUMAN MESYUARAT (82) - klik utk muat turun

SENARAI AJK PPIM JOHOR BAHRU (232) - klik utk muat turun

 

 

10 Jan 2012 - Selasa PEMATUHAN PERATURAN LAWATAN MURID SEKOLAH

Salam sejahtera tuan/puan

Bersama-sama disertakan surat Jabatan Pelajaran Johor, rujukan JPNJ.PP(31)/100-5/3(17) bertarikh 23 November 2011 berkenaan pamatuhan peraturan lawatan murid sekolah untuk tindakan tuan selanjutnya.
Tuan/puan boleh muat turun surat berkenaan dengan perkara tersebut untuk dijadikan panduan dan rujukan di sekolah tuan
Sekian, terima kasih.


Surat Pematuhan Peraturan Lawatan Murid Sekolah (354) - klik utk muat turun

 

10 Jan 2012 - Selasa BILANGAN KELAS YANG MELAKSANAKAN SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS/BAHASA MALAYSIA /DWIBAHASA TAHUN 2012

Pengetua dan Guru Besar yang dihormati,

Bersama-sama ini dilampirkan surat no.rujukan: JPA1002.05/600-10/2/4(   ) bertarikh 10 Januari 2012 yang menerangkan maksudnya untuk makluman dan tindakan tuan.
Borang data tersebut hendaklah dilengkapkan dan diemel ke Alamat e-mail ini dilindungi dari spambots. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk paparkannya selewat-lewatnya 24 Januari 2012.

Sekian, terima kasih.


surat siaran (259) - klik utk muat turun

Borang Format Data (305) - klik utk muat turun

 

10 Jan 2012 - Selasa MAKLUMAN BAHAN MAJLIS TILAWAH AL-QURAN SEKOLAH-SEKOLAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA (MTQSS) KALI KE-38 TAHUN 2012

Pengetua/Guru Besar,

 

Sekolah Menengah/Rendah,
Daerah Johor Bahru.
Tuan,
Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.
2.  Sukacita dimaklumkan bahawa, makluman bahan MTQSS 2012 telah disiarkan di laman web Bahagian Pendidikan Islam (BPI). Pohon kerjasama pihak tuan bagi memuat turun bahan berkaitan. Sila klik untuk muat turun http://bpi.edu.my/index.php?option=com_rokdownloads&view=file&Itemid=28&id=212%3Abahan-bahan-mtqss-ke-38-tahun-2012&lang=en
3. Kami bagi pihak Pejabat Pelajaran Daerah Johor Bahru mengucapkan sekalung tahniah kepada sekolah-sekolah yang telah menyertai dan mewakili daerah Johor Bahru ke pertandingan MTQSS pada tahun 2011. Mohon kerjasama bagi mana-mana sekolah yang ingin menyertai pertandingan ini dengan membuat persediaan awal untuk memastikan kecemerlangan dan kejayaan daerah Johor Bahru bagi tahun 2012 dapat direalisasikan.
4. Segala kerjasama dan tindakan pihak tuan, kami dahului dengan ucapan terima kasih. Sekian.

 

10 Jan 2012 - Selasa MESYUARAT MAJLIS SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH ZON SKUDAI DAERAH JOHOR BAHRU KALI PERTAMA 2012

Kepada,
Guru Besar,
Sekolah-Sekolah Zon Skudai,
Johor Bahru.

Tuan,

MESYUARAT MAJLIS SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH ZON SKUDAI DAERAH JOHOR BAHRU KALI PERTAMA 2012.

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.     Sehubungan itu, mesyuarat sukan dan permainan MSS Zon Skudai Daerah Johor Bahru kali pertama 2012 akan diadakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh         : 12 Januari 2012
Hari             : Khamis
Masa          : 2.00 petang
Tempat       : Bilik Mesyuarat SK Sekudai Batu 10 

3.     Agenda     :     3.1    Ucapan Pengerusi Zon Skudai
3.2    Pembentangan Minit Mesyuarat lalu
3.3    Pengesahan Laporan Kewangan
3.4    Penyelarasan Tugas Program Sukan MSS Daerah Johor Bahru 2012.  
3.5    Pelantikan dan Penyelarasan Tugas
MSS Zon Padang  & Balapan 2012. 
3.6    Hal-hal lain.

Pengerusi    : Guru Besar SK Sekudai Batu 10
Pencatat      : Setiausaha Sukan SK Sekudai Batu 10

4.     Oleh itu, GPK Kokurikulum / Setiausaha Sukan sekolah tuan/puan diwajibkan hadir ke mesyuarat tersebut. Kerjasama dan perhatian tuan/puan amatlah dihargai .
Sekian, terima kasih.


Surat panggilan mesyuarat (188) - klik utk muat turun

 

10 Jan 2012 - Selasa KUTIPAN MAKLUMAT ASAS PENDIDIKAN JANUARI 2012

 

Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.
2. Surat daripada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan no. rujukan KP(BPPDP)605/013 Jld.2 (63) adalah dirujuk.
3. Tuan dipohon untuk memastikan data sekolah sentiasa tepat dan sahih di samping menepati tempoh masa yang telah ditetapkan.
4. Tindakan dan kerjasama dari pihak tuan amat kami hargai dan didahulukan dengan ucapan terima kasih. Sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan pegawai kami, En. Mohamad Khairul Nizam bin Abu Hassan, Penolong PPD Teknologi dan Maklumat PPD Johor Bahru di talian 07-2266357
Ke arah memastikan data Johor Bahru sahih dan tepat.
Sekian, terima kasih.



Surat EPRD (401) - klik utk muat turun

 

Terakhir Dikemaskini pada Rabu, 11 Januari 2012 22:12
 
« MulaSblm12345678910KemudianAkhir »

JPAGE_CURRENT_OF_TOTAL

UPSR 2011

Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

Get Adobe Flash player

School Ranking

Free Ranking System For Malaysian School's Sites and Portals

NetSchool Topsites

Laman Popular


Guru Besar



En. Harith bin Abd Hamid
Guru Besar
SK Pengkalan Rinting

Cari kami di Facebook

Facebook Image

Kalendar

Februari 2012 Mac 2012
Mo Tu We Th Fr Sa Su
1 2 3 4 5
6 7 8 9 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29


93.8%United States United States
5.7%Malaysia Malaysia
0.1%Japan Japan
0%Singapore Singapore
0%China China
0%Canada Canada
0%Brunei Darussalam Brunei Darussalam
0%Russian Federation Russian Federation

Today: 139
Yesterday: 181
This Week: 480
Last Week: 1037
This Month: 1174
Last Month: 93
Total: 3742


Statistik Pengunjung

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini1897
mod_vvisit_counterSemalam2745
mod_vvisit_counterMinggu Ini6162
mod_vvisit_counterMinggu Lepas17710
mod_vvisit_counterBulan Ini17921
mod_vvisit_counterBulan Lepas53584
mod_vvisit_counterKeseluruhan337040

IP anda: 38.107.179.242
 , 
Hari ini: Feb 08, 2012
Visitors Counter

feed-image Sila KLIK di sini untuk melanggan suapan berita dari portal ini

1 Syarat 1 Dasar Privasi 1 Penafian 1 Peta Laman 1 Admin 1